Kolej Universiti TATI telah mendapat hak penganjuran Program Perkhemahan HINEX Kali Ke-9 yang berlangsung pada 9–13 Jun 2009 di Kampus TATiUC. Penganjuran Higher Institution Expedition and Camping (HINEX) merupakan aktiviti dwi tahunan diwujudkan bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan program pengakap di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di seluruh negara.
Hinex kali ke-9 yang bertemakan “Scouting: Heritage and Sharing”, bertujuan untuk mengukuhkan semangat kerjasama dan setiakawan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan Selain itu, HINEX ini akan dapat melahirkan ahli-ahli yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
Menurut En. Wan Zulkarnain b. Othman, Pengarah Program Hinex , Majlis Perasmian Pembukaan akan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Y Bhg. Dato Dr. Abd. Latiff B. Awang pada malam 10 Jun 2009. Manakala Majlis Penutup pula akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Y.B. Dato’ Ahmad Shabery bin Cheek pada pukul 10.30 pagi 13 Jun 2009. Hinex kali ke-9 ini telah menarik penyertaan seramai 350 orang ahli pengakap dari seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia. Sepanjang lima hari program berlangsung, antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti ‘oil and gas’ yang dikendalikan oleh Terengganu Safety Training Centre (TSTC), aktiviti pantai, elektronik, memancing, makanan tradisional, derma darah dan lawatan ke Kuala Terengganu.
TATiUC berharap Hinex pada kali ini akan dapat mencapai objektifnya. Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak telah dapat menjayakan perkhemahan Hinex 2009.
No comments:
Post a Comment